Sunday, September 13, 2009

Nota OpenOffice - Writer & Calc

Akhirnya nota OpenOffice untuk Writer & Calc telah berjaya disiapkan. Nota ini merupakan nota ringkas yang berbentuk hands-on. Nota ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa...


Sekiranya terdapat sebarang persoalan/pembetulan dsb, boleh hubungi kuizikel[at]gmail.com...

Semoga mendapat manfaat bersama :)

p/s : harap dapat tinggalkan nota di ruangan komen sekiranya anda telah berjaya muat turun.. tq

Monday, August 10, 2009

Title Case

Untuk menukar perkataan dari huruf kecil ke huruf besar atau sebaliknya, anda semua mesti telah biasa dengan Format > Change Case > Uppercase/Lowercase.

Tapi bagaimana ingin menukar perkataan ke Title Case, iaitu hanya permulaan perkataan huruf besar? Di Microsoft Office, Title Case berada di dalam menu Change Case. Tetapi di OpenOffice.org masih tiada menu Title Case. Namun begitu jangan risau, anda masih boleh menukar perkataan kepada Title Case :)

Begini caranya.

1. Klik pada Format > Character

2. Pada dropdown Effects, pilih Title.




Perkataan asal : kenapa saya suka belajar openoffice?

Setelah Title Case : Kenapa Saya Suka Belajar Openoffice?

Sekiranya ingin memformat tajuk-tajuk lain, gunakan saja Format Paintbrush.



1. Highlight perkatan yang telah diformatkan dalam langkah di atas, cari ikon Format Paintbrush di Standard Toolbar.
Sekiranya ikon tiada di di Standard Toolbar, klik pada tanda anak panah di hujung Standard Toolbar > Visible Buttons > Format Paintbrush.

2.Satu ikon seperti tin cat akan muncul, halakan ikon kepada teks yang ingin diformatkan. Lakukan seolah-olah anda sedang menuang cat pada perkataan yang baru.

3. Perkataan tersebut akan mengikut format tulisan di langkah 1.

Selamat mencuba!

Sunday, August 9, 2009

Word Art di OpenOffice.org

Bagi pengguna yang telah biasa dengan perisian Microsoft Word, pastinya akan tercari-cari fungsi Word Art di Writer.

Sebenarnya, nama untuk fungsi yang serupa dengan Word Art adalah Fontwork.

Ikuti langkah-langkah ringkas di bawah untuk menambah Fontwork di Writer.

BIL.LANGKAH-LANGKAH
1.Klik pada View > Toolbars > Drawing
Drawing toolbar akan dipaparkan.
2.Klik pada ikon Fontwork GalleryTetingkap Fontwork Gallery akan dipaparkan.
Pilih style yang digemari > OK

3.

Klik pada tulisan Fontwork yag dipaparkan.

Satu tetingkap kecil Fontwork dan 3D-Settings akan aktif.

Ubah mengikut citarasa anda.



4.
Letakkan pointer mouse pada perkataan Fontwork.

Double klik pada Fontwork untuk mengubah teks.

Tulisan kecil berwarna hitam Fontwork akan dipaparkan.

Klik pada tulisan Fontwork dan tukarkan teks.

Klik pada kawasan lain selain tulisan Fontwork untuk melihat perubahan yang telah dibuat.



Pada mulanya memang agak sukar untuk klik pada Fontwork ini untuk mengaktifkannya. Klik-klik tak kena-kena. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa kan?

Selamat mencuba!

OpenOffice.org 3.1


Dapatkan versi baru OpenOffice.org 3.1 di sini.

Nota & tutorial OpenOffice.org sedang dalam proses :)

Datang jenguk lagi nanti yer!
 

OpenOffice.org Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template