Monday, August 10, 2009

Title Case

Untuk menukar perkataan dari huruf kecil ke huruf besar atau sebaliknya, anda semua mesti telah biasa dengan Format > Change Case > Uppercase/Lowercase.

Tapi bagaimana ingin menukar perkataan ke Title Case, iaitu hanya permulaan perkataan huruf besar? Di Microsoft Office, Title Case berada di dalam menu Change Case. Tetapi di OpenOffice.org masih tiada menu Title Case. Namun begitu jangan risau, anda masih boleh menukar perkataan kepada Title Case :)

Begini caranya.

1. Klik pada Format > Character

2. Pada dropdown Effects, pilih Title.




Perkataan asal : kenapa saya suka belajar openoffice?

Setelah Title Case : Kenapa Saya Suka Belajar Openoffice?

Sekiranya ingin memformat tajuk-tajuk lain, gunakan saja Format Paintbrush.



1. Highlight perkatan yang telah diformatkan dalam langkah di atas, cari ikon Format Paintbrush di Standard Toolbar.
Sekiranya ikon tiada di di Standard Toolbar, klik pada tanda anak panah di hujung Standard Toolbar > Visible Buttons > Format Paintbrush.

2.Satu ikon seperti tin cat akan muncul, halakan ikon kepada teks yang ingin diformatkan. Lakukan seolah-olah anda sedang menuang cat pada perkataan yang baru.

3. Perkataan tersebut akan mengikut format tulisan di langkah 1.

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

 

OpenOffice.org Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template